Friday, April 17, 2009

PART 1: KENAPA AKU SUKA BABY DAN BUDAK-BUDAK?


1ST of all,knapa ada bahagian2 iaitu part 1 dan part 2? Ok. Part 1 ni adalah baby2 n budak2 yg aku jumpa yang comel2 yang takde talian darah dengan aku.maksudnya maybe budak tu adik kawan aku ke, or bapak budak tu cikgu aku ke, dan sebagainya. Persoalannya kenapa aku suka baby dan budak2. Ada sesiapa boleh komen dan tolong jawabkan? So dalam blog aku ni aku kepilkan gambar2 yang aku ambil setiap kali aku jumpa baby2 yg cute n budak2 yg comel. Cute dan comel tak sama ke?. Pada pendapat aku, aku ni memang ada ciri2 seorang bapa yg mithali (perasan siot) dengan sifat kebapaan yg penuh dengan kasih sayang.(propa siot). So kat bawah ni aku listkan gambar2 baby n budak2 yg comel untuk tatapan korang suma.



Budak ni nama dia ADAM.comelkan budak ni. Ni anak majikan aku dulu masa aku join NGO kat penang.sekarang mak bapak dia dah pindah Shah Alam buat projek baru. Dia ni walaupun kecil tapi berapi. Alaaa..cam cili padi. Dia ni kecik2 dah banyak blajo pasal agama. Mak bapak dia didik sket2. tapi dia ni spoil gak. Mak dia slalu manjakan dia sangat. Tu yang kadang2 degil dan tak nak dengar cakap. Tapi dia takut kat bapak dia sebab bapak dia garang.



Walaupun budak ni nakal, selalu je terhibur kalau lepak dengan dia. Kadang2 tu lama x jumpa cam rindu je dengan adam ni. Dia ni pandai gak posing. Gambar kat atas tu aku amik masa lepak2 dengan adam tu. Tengok r macam mana dia posing ala-ala macam masuk dalam Malaysian Next Top Model (versi Kanak2) gamaknya.




Baby girl yang comel ni nama dia RANIA. Tu je nama yang aku tahu. Cute muka dia ala-ala anak mat salleh gitu. Sebenarnya baby ni anak pensyarah USM Transkrian. Anak Pn.Sharifah (If I not mistaken) dari School Bahan. Aku jumpa baby ni masa aku pergi Kursus KAKS a.k.a Kursus Asas Keusahawanan Siswa dekat Taiping Golf Resort.



Gambar kat atas ni time aku nak ambil gambar baby ni. Dia peluk mak dia. Aku tak sure la samada dia malu nak bergambar or dia takut dengan aku (HeHeHe). Aku ambik gambar ni masa aku duduk semeja dengan mak dia nak makan lunch. So aku selitkan sikit gambar2 makanan yang aku snap untuk santapan makan tengahari aku.



Punya la tamak, siap ambil tiga pinggan lagi tu. Sebenarnya time tu aku nak diet. Cuba tengok aku amik nasi sket je.(HaHaHa). Lagipun free semua. So rugi la kalau tak ambil. Sebenarnya nak rasa je. Dah lari tajuk pulak. So kita continue dengan baby seterusnya.

Sebab lain aku suka budak2 adalah kerana aku rasa dengan tengok dan lepak dengan budak2 ni buat kau rasa tenang dan rilek je. Tapi kadang-kadang tu tension jugak bila diorang ni tak nak layan kita atau buat hal dan menangis macam tengok kita ni mcm nampak hantu



Baby kat atas ni aku memang tak tahu nama dia. Macam aku tulis sebelum ni, aku suka ambil gambar baby walaupun aku tak kenal. Aku jumpa baby ni masa kenduri kawen sepupu aku dekat Felda Tenggaroh 5, Mersing hari tu. Yang menyelit sebelah baby tu gambar adik aku. Dia yang sepanjang masa pegang baby tu. Suma orang suka tengok baby tu. Tak banyak kerenah. Dia diam je dan suka tengok TV dan buat bodoh je bila orang nak main dengan dia.



Pasangan dekat atas tu adalah adik-beradik. Budak2 ni ialah anak Ustaz Nazom. Cikgu aku masa aku belajar kat sekolah menengah dulu. Yang lelaki sebijik macam muka bapak dia dan yang perempuan pulak follow muka mak dia. Masa mula2 jumpa semua segan2. lepas ajak bergambar, semua berposing sakan. Tengok si abang tu berposing macam nak bersilat. Yang lelaki bernama Iqbal Kasyfi dan yang perempuan pula bernama Inas Rania. Yang terbaru aku dengar dari ustaz aku dia dah dapat sorang lagi baby. Tapi aku tak berkesempatan lagi ambil gambar baby yang palig kecik ni. Congrate Ust Nazom!!! Yang kecik pulak nama dia Ihya Nardeen.



Aku rasa aku ada kelebihan sket kot dalam handle baby2 ni. Sebab banyak baby yang aku jumpa.kebanyakkan aku berjaya tidurkan diaorang. Itu yang rasa syok tu (practice nak tidurkan anak kalo dah kawen.hehehe)

Gambar seterusnya ialah tiga orang adik beradik yang comel2. diorang ni adalah anak Kak Lin cikgu sekolah rendah yang aku jumpa kat Penang masa pergi rumah dia dengan Kak Murni a.k.a Murni Balqis a.k.a Kuri (HeHeHe). Anak Kak Lin ni memang suma comel2 maklumlah mak dia pun cantik. Dengar2 hari tu mak dia ni kacukan arab. Patutla mak dengan anak2 sama cantik.



Budak yang kat atas ni anak sulong dan nama dia Muhd Haikal Zikri. Sedapkan nama dia. Gambar ni aku snap kat gambar yang tergantung di dinding (bukan gambar sebenar). Maksud aku ialah, masa aku jumpa budak ni dia dah besar dah. Gambar diatas diambil ketika dia kecik lagi. Dia ni anak sulong. Penyegan orangnya (bukan malas yang dimaksudkan oleh orang kedah). Susah betul nak ambil gambar dia. Dia tak bagi.




Yang perempuan ni anak kedua. Nama diberi Aisha Dayana. Memang peramah. Secantk mak dia gak. Gambar kat bawah tu pulak ialah yang bongsu. Memang manja. Nama dia Danish Amirul Fikri (panjang tu nama.penat dia nak tulis masa jawab exam). Masa awal-awal jumpa semua pendiam.Lepas dah kenal siap mintak dukung lagi. Penat nak melayan diorang ni terutama sekali si Danish ni. Aku siap bawah diorang pergi kedai. Siap belanja diorang lagi. Nasib baik tak pokai. Bila lah boleh jumpa diorang lagi. Tak sabar nak layan kerenah diorang ni.




Part 2 nanti aku akan selitkan mengenai baby yang ada hubungan dengan aku seperti anak sepupu aku dan anak duapupu aku. Maybe aku boleh selitkan gambar anak2 aku (ada ke?) Dan special untuk korang aku akan selitkan gambar aku masa kecik2. comel jugak la.


If You Enjoyed This Post Please Take 5 Seconds To Share It.

0 comments: